Tuesday, September 8, 2009

Diriku..

Salam.. sudah lama rasanya aku x update blog nih. maklum lah busy jer..(padahal malas). Aku sekarang ni di bilik menulis post ini dengan perasaan yang bercampur baur. aku tak tahu apa sebenarnye dah jadi dgn diri aku ni. aku pelik..sedih..kecewa dgn diri aku.

Aku seolah2 tiada arah tujuan walaupun aku skrg nga dok kt Universiti antara yg paling top kt Malaysia. tp tu sume xde makne klau perasaan aku x stabil. macam2 masalah aku hadapi. dari segi assignment, komitmen, business sampai lah ke masalah hubungan sosial aku. mujur lah aku xde masalah dgn family aku.Alhamdulillah..klau tak..mesti aku akn jadi lebih teruk lagi.

Aku nak luahkan isi hati aku kat sini supaya aku dapat berkongsi dengan kawan2 dan juga orang lain di luar sana. Aku xtau nk luahkan pada siapa. nk luahkan pada kawan2 terdekat, dh luahkan. nk luahkan pada si dia....entahlah, silap2 aku yang kne marah. mungkin antara sebab utama aku cm ni ialah pasal si dia. aku xnak ckp lebih2 sbb aku xnak mengaibkan dia. cukuplah sekadar aku selalu ada masalah psikologi dgn die.. Aku faham dia sibuk..penat.. tp jgnlah smpai x boleh nk fahami diri aku. ni tidak, aku yang kne tuduh x memahami diri die.

Aku tension tau. ye..TENSION!! selama ni aku banyak bersabar, tapi sebagai seorang manusia biasa, sabar aku tetap ada hadnya. Tp...takpela, nk wat camana. inilah dunia. boleh jadi syurga mahupun jadi neraka untuk kita. yang penting kita sabar menempuh dugaan yang Allah turunkan pd kita. Aku akan cuba untuk bersabar sebanyak yang mungkin. Aku tahu bila kita bersabar, besar ganjarannya.

Sekarang ni, aku nak tumpukan pada komitmen aku sekarang iaitu study, assigment, business aku dan aktiviti persatuan. aku harap dapat merancang masa dengan betul dan aku mesti tunjukkan bahawa aku bukan lagi remaja, aku dah dewasa..dah matang..

Kepada sesiapa yang sudi baca blog ini, terima kasih banyak2.. semoga kita semua mendapat keredhaan Allah hendaknya. Akhir kata, semoga berjumpa lagi di post akan datang. Selamat berpuasa dan selamat hari raya.. Salam...

2 Komentar:

Anonymous said...

mamil..
aku rsa kau ok jek..
maybe kau nie pendiam 2 yg susah nk komunikasi rkn2 yg lain..
aku ucapkan smoga kau bjya...

.Zurin. said...

mamil..
ko jgn la tension mcm ni..
klu ade mslh ko cite la kt aku ..
xpyh pendam k??nnt ko jugak yg sakit..

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
an empty feelin' © 2008 Template by:
SkinCorner