Thursday, June 23, 2011

Selamat Tinggal UKM

Assalamualaikum.. post kali ni agak touching sebabnye setelah hampir setahun aku x update blog, akhirnya aku tergerak hati nak mengemaskininya. Setelah pelbagai ranjang dan cabaran dilalui dalam hidup ini, aku banyak belajar tentang kehidupan dan mempersiapkan diri untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan selepas ini.


Pada tarikh post ini ditulis, tinggal beberapa hari sahaja lagi aku berada di bumi UKM Bangi ini sebagai pelajar. Sebabnya sekarang ni aku sedang bersiap untuk menghadapi exam yang terakhir kalinya di UKM (insya Allah). Selepas itu, aku akan meninggalkan kampus yang tercinta ini untuk kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat serta menjalani kehidupan sebagai manusia yang berpendidikan dan berkerjaya.

Masih teringat tanggal 29 Jun 2008, tarikh keramat aku mendaftarkan diri di kampus ini. Rupa-rupanya sudah 3 tahun aku di sini menimba ilmu dan pengalaman. Sangat banyak kenangan pahit dan manis yang telah ku rasai sepanjang berkelana di bumi UKM ini. Sebegitu ramai sahabatku di sini, yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia dan dunia. Di sini juga aku berpeluang menjejakkan kaki ke negara orang (Jepun dan China).


bersama kawan-kawan ketika di Jepun

Namun yang membuatkan hidup aku di UKM ini indah adalah kerana sahabat-sahabatku yang setia dan sanggup bersama tatkala suka dan duka. Tanpa diorang, hilanglah seri hidupku di kampus ini. Sejujurnya aku rasa amat bertuah dan bersyukur kerana terpilih untuk menjadi warga UKM.

sahabat dari geng marketing-tong

Tidak lupa juga kepada kekasihku Noor Aidah yang setia bersamaku walaupun pelbagai ribut nan melanda. Namun Alhamdulillah semuanya berjaya diharungi. Saya doakan semoga awak berjaya dalam hidup, insya Allah.

Akhir kata, semoga berjumpa lagi di lain post. Aku memanjatkan syukurku kepada Allah dan berterima kasih kepada keluarga, kekasih, pensyarah dan juga semua sahabatku kerana sudi menjadi pembimbing dan teman sepanjang hidupku di dunia ini. Semoga ikatan silaturahim yang terjalin akan terus berkekalan selama-lamanya.

Sunday, October 31, 2010

Aku di sini..

Salam diberi kepada semua yang membaca dan menghadap blogku ini.. (haha..ade ke)..
setelah sekian lama aku membiarkan blog ku terbengkalai, akhirnya ku mengupdate jugak
blog ini.



Sekarang, aku sedang menghadapi fasa exam.. sangat malas rasanye.. malas nk study.. ntah la. Pastu plak, kne fkir pasal program knowing Asean+3 yg akan berjalan x lame lagi.. oh...

YA ALLAH... KAU PERMUDAHKANLAH URUSAN HAMBAMU INI...

Aku harap semua geng dpat menghadapi exam dgn baik sekali. Oleh kerana tahun depan
ku mula bermastautin kembali di bumi Pontian, aku akan merindui kenangan ku di UKM ini.. (sedih la plak)

Tapi jgn risau, Insya Allah, shortsem bulan 5 nnti,aku akan kembali ke UKM..
untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan yang masih belum selesai..

Semoga ikatan persaudaraan yang kita bina akan berkekalan selama-lamanya.. Amin..

Sunday, February 28, 2010

Blogku yg terbengkalai..

Salam..

Fuhh.. akhirnya tergerak jugak jari ni nak menulis kt blog.
sejak sekian lama dah x terjenguk blog ni.
Anyway, aku sgt2 busy sejak kebelakangan ni..
dgn study..assignment..exam..program..bisness lg.. fuh..
tp xpela.. aku anggap ni sume satu rencam hidup di menara gading..

xde ape nk dikongsikan..huhu..
insya Allah lepas ni selalu la dpt update blog ni..
Salam..

Wednesday, December 2, 2009

Akhirnya aku meng"update' blog ku


Akhirnya.. setelah sekian lama aku x update, akhirnya aku berjaya juga memujuk hatiku untuk mengupdate blog kesayanganku ini. seperti biasa aku akan menceritakan perkembangan terbaru diriku.

Raya Haji baru saja berlalu. keluarga aku membuat korban lembu tahun ni, masuk semua ahli keluargaku 7 orang kecuali adikku yg paling kecil. 1st time aku terlibat secara langsung dgn penyembelihan lembu walaupun bukan aku yang sembelih. seram mmg seram sbb aku x boleh tgk darah byk2 (yeke..) tp selambe je lah.

Ehem..pada ahad ini (6hb Disember 2009) aku akan bergerak ke negara matahari terbit, Jepun untuk lawatan ilmiah fakulti Ekonomi dan Perniagaan, UKM. (Fak aku laa..) Aku jz jd unit TTK sahaje dan keje aku mostly dah settle, cume de sikit2 je yg perlu diselesaikan. Aku sangat teruja sekali kerana dapat juga ke luar negara setelah sekian lama x pergi..(padahal sblum ni g Singapore je kot).

Buat keluarga dan teman2, terima kasih atas sokongan dan bantuan anda. doakan keselamatan dan kesejahteraan kita bersama. Semoga kita dapat berjumpa lagi di lain masa. Insya Allah aku akan update blog ni lepas g Jepun nnti untuk berkongsi kisah dan gambar2 menarik sepanjang aku di sana.
Salam...

Tuesday, October 20, 2009

AWAS!! Kuiz ramalan nasib di Facebook


Bagi mereka yang mendaftarkan akaun Facebook dan aktif menggunakannya pasti sedia maklum bahawa antara aplikasi menarik di dalam Facebook ialah membuat kuiz. Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Facebook boleh mencipta apa sahaja kuiz dengan hanya mengikuti aturan-aturan yang mudah. Kini, kedapatan lambakan bentuk kuiz yang tersedia dalam Facebook, dan sesetengah pengguna menjadi ketagih dengan kuiz-kuiz ini.

Dari sisi positif, aplikasi kuiz ini boleh dimanfaatkan sebagai satu medium dakwah yang menarik. Iaitu dengan mencipta kuiz-kuiz berbentuk ilmiah dan keagamaan. Sekurang-kurangnya pencipta kuiz boleh mempelajari skill membuat soalan yang berkesan dan pengguna yang menyertainya pula dapat mengulangkaji maklumat-maklumat yang mungkin sudah lama ditinggalkan.

Malangnya, kebebasan mencipta kuiz di Facebook telah disalahgunakan oleh sesetengah pengguna dengan membuat kuiz-kuiz yang boleh mencemarkan akidah dan kepercayaan. Antaranya kuiz horoskop, kuiz ramalan nasib, kuiz ramalan jodoh, kuiz ramalan di mana dan bila anda mati dan lain-lain.

Contohnya, dalam kuiz ‘Singkap Rahsia di Sebalik Nama’, jika seseorang bernama ALI menyertainya, setelah mengikuti aturan ringkas, jawapan yang akan diberikan adalah seperti di bawah:

ALI: 1+3+9=13
1 + 3 = 4

Nombor Rahsia disebalik nama anda ialah : 4

Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.

Jika anda mengikuti kuiz ‘Singkap Rahsia Nombor Lahir Anda’ pula, dan anda memasukkan sebagai contoh tarikh 1 Januari 1979, maka ramalan yang tertera ialah:

1 + 1 + 1979 = 1981
1 + 9 + 8 + 1 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1
Nombor Tarikh Lahir anda ialah :1
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.

Tidakkah satu kejahilan tentang agama dan kebebalan yang melampau, apabila sikap seseorang insan boleh diketahui melalui ejaan namanya atau susunan tarikh lahirnya? Sejak bilakah Allah Taala menjadikan ejaan nama seseorang dan susunan tarikh lahir sebagai alamat bagi sifatnya?

Malah, terdapat juga kuiz-kuiz yang lebih dahsyat seperti kuiz meramalkan di mana dan bilakah anda mati. Berdasarkan soalan-soalan dalam kuiz seperti ini, saya percaya bahawa orang yang membuat kuiz ini hanya main-main sahaja. Tidak berdasarkan kepada mana-mana teori atau falsafah.

Contohnya, saya menjawab secara rambang satu kuiz bertajuk ‘Di mana kamu mati’. Jawapan yang tertera ialah:

Di Rumah.
Lu mati jatuh dari tangga paling atas ke bawah tanggal 03 Maret 2014.

KEWAJIPAN MEMELIHARA AKIDAH

Berdepan dengan kemunculan tukang ramal dan tukang nujum moden di dalam Facebook, kita sebagai orang beriman wajib mempelajari dan memelihara akidah yang sahih. Agar dapat mengelak daripada kemurkaan Allah, dan membezakan antara hak dan batil.

Ramalan nasib, ramalan kematian, dan ramalan jodoh yang berasaskan kepada kaedah nama, warna kegemaran, dan seumpamanya adalah satu pencemaran dalam akidah Qadha’ dan Qadar. Kerana ilmu tentang perkara ghaib adalah hak mutlak Allah Taala, yang tidak dikongsikan dengan sesiapa pun kecuali yang dikhabarkan kepada rasul-rasulNya.

Allah menegaskan dalam Al-Quran:

Maksudnya: “Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun. Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya. (Al-Jinn: 25-26).

HUKUM BERTANYA TUKANG RAMAL

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah melarang umatnya daripada bertemu dengan tukang ramal, apatah lagi mempercayai ramalannya.

Sabda baginda:

Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu bertanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima sembahyang baginya selama empat puluh malam”. (Direkod oleh Muslim).

Di dalam hadis lain:

Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu mempercayai apa yang dikatakannya, maka dia telah kufur kepada apa yang diturunkan ke atas Muhammad”. (Direkod oleh Ashab Al-Sunan).

Mendatangi tukang ramal bukanlah satu kekufuran atau syirik secara mutlak. Menurut Syeikh Al-Utsaimin, ia boleh dibahagikan kepada tiga katagori.

Pertama: Orang yang datang kepada tukang ramal untuk bertanya ramalan sesuatu, tetapi tidak mempercayainya. Perbuatan ini adalah haram, dan balasannya ialah tidak diterima sembahyang selama 40 hari.

Kedua: Orang yang bertanya tukang ramal, dan mempercayai apa yang diramalnya. Perbuatan ini selain haram, ia menyebabkan jatuh kafir kepada Allah. Kerana mempercayai bahawa tukang ramal mengetahui perkara-perkara ghaib yang merupakan hak mutlak Allah. Ia juga satu bentuk mendustakan ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan bahawa ilmu ghaib adalah kepunyaan Allah semata-mata.

Ketiga: Orang yang bertanya tukang ramal kerana maslahah untuk menyelidiki dakwaannya. Supaya dapat dijelaskan pendustaannya atau diambil tindakan terhadapnya. Tindakan ini adalah harus sebagaimana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bertanya beberapa soalan terhadap Ibn Shoyyad.

Justeru, sebelum pengguna Facebook menyertai kuiz-kuiz ramalan, pastikan dulu dia termasuk dalam kategori manakah.

SEKADAR MAIN-MAIN

Sesetengah penagih kuiz-kuiz ini mempertahankan tindakan mereka dengan hujah kuiz-kuiz ramalan itu hanyalah satu bentuk permainan merehatkan minda sahaja, tanpa mempercayainya.

Sedarkah mereka bahawa dalam perkara Akidah, kita dilarang menjadikannya sebagai main-mainan dan olok-olokan? Bolehkah akidah tentang qadha dan qadar dijadikan main-mainan? Akidah bahawa Allah sahaja yang mengetahui perkara ghaib boleh dijadikan bahan mainan?

Di samping itu, adakah kita pasti kuiz-kuiz seperti itu langsung tidak memberi kesan kepada akidah pengguna Facebook yang rata-ratanya adalah remaja dan muda-mudi? Bagi saya, kuiz-kuiz ramalan di dalam Facebook adalah satu fitnah terhadap pengguna-pengguna Muslim, terutama mereka yang cetek ilmu agama.

Mereka yang bertanggungjawab mencipta kuiz-kuiz ini, hendaklah bertaubat kepada Allah kerana perbuatan mereka boleh membawa fitnah dan bencana kepada akidah orang Islam lain. Allah berfirman:

Maksudnya, “Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar. (Al-Buruj: 10).

Sumber:

http://abuumair1.wordpress.com/2009/10/07/kuiz-ramalan-nasib-di-facebook/

Monday, October 12, 2009

Final exam bakal menjelma

Huhu.. lame sudah tidak menaip.. maklum lah baru recover dari sakit.. sedar-sedar dah sampai ke minggu kuliah yang teakhir..(sedihnyer)..

final exam bakal menjelma.. aku kene serius la.. (selame ni x serius ke..) nak siapkan assignment lagi dan seterusnya study..study..dan study..

ok selamat study kawan2 dan semoga kita semua beroleh kemudahan dalam menjawab peperiksaan dan seterusnya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang..
insya Allah..

Saturday, September 12, 2009

Semangat hari raya..

Hmm..lagi seminggu Aidilfitri bakal tiba(pd saat aku tulis post ni la). fikiranku sekarang ke arah nak balik kampung jer..waaa.. Alhamdulillah 2 kelas terakhir sebelum raya iaitu Marketing Management dan MIS takde sbb rmai student dah balik, so boleh lah aku balik dengan tenang pada pagi Jumaat depan.

Akan tetapi, sebelum balik, aku terpaksa melalui satu lagi exam iaitu subjek statistik..susah woo..takut.. Aku harap2 dapatla jawab walau x semua pun dapat sikit pun jadi la.

Selepas exam itu, esoknye ade plak kuiz kat kelas Biz Comm. aduish..
then lepas tu boleh lah aku tumpukan pada balik kampung..yeehaa..

semoga aku dan kawan2 yang lain dapat balik ke kampung dengan selamat dan dapat beraya bersama keluarga dan sahabat yang dirindui di kampung.

...SELAMAT HARI RAYA...




Tuesday, August 25, 2009

Exam..exam..exam..

Minggu ni ade 2 exam.. marketing dengan MIS.. nak study.. xtau nak post ape.. hua3..

Saturday, August 22, 2009

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak

Salam...

Sudah lama rasanya saya tak mengepos kt blog ni.
Hmm..cm biase la alasan.busy memanjang..
sampai x sedar kita dah masuk bulam puasa.
aku pun xtau nk tulis pe ni.
So aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak
kepada semua umat Islam yang membaca blog aku ni..
semoga hidup kita diredhai dan diberkati oleh Allah.. amin..

Thursday, July 30, 2009

Layakkah aku digelar SAHABAT?

p/s : tangan aku xde kat situ

Sahabat...
Apakah makhluk yang dimaksudkan dengan sahabat? Ape yang kita sume tau, sahabat ialah kawan baik..kawan lepak..member kamceng.. tp hakikatnya sahabat lebih daripada itu.

Sahabat merupakan insan yang rapat dengan seseorang, sanggup berkorban dan sanggup berkongsi segala suka dan duka. (tengok kamus dewan kalau nak tau lebih) akan tetapi..layakkah aku digelar sahabat? aku akui, aku bukan lah sempurna..memang tiada yang sempurna melainkan Allah.

Akan tetapi..kadang-kadang..aku terasa bahawa aku tak layak digelar sahabat. Aku masih kurang sumbangan terhadap kawan..dan lebih teruk lagi, tidak pandai menjaga hati kawan. Sebenarnya aku seorang yang pendiam..sebab aku x pandai nak cakap sangat. Tapi dlm hati aku tetap ada keinginan untuk berkata-kata dengan petahnya dengan kawan2 aku..sehinggakan kadangkala aku tidak sedar bahawa kata-kata ku ini ada yang menyebabkan orang-orang tertentu terasa.. Aku akui, memang aku silap. tapi percayalah, ia bukan disengajakan. aku xde niat nak sakitkan hati kawan2 aku. ye..aku masih kurang kemahiran bercakap. pelik kan..tapi itu lah hakikatnya..

Kepada semua kawanku yang mengenali diri ini, aku di sini ingin memohon ampun dan maaf sekiranya aku ada membuat anda semua terasa, sedih, marah dan sebagainya. percayalah, aku tidak berniat jahat terhadap korang, tapi itu sebenarnya datang dari kelemahan diri aku. Aku masih dalam proses belajar, jadi tolonglah terima aku seadanya dan bantulah aku menjadi seorang insan yang baik. Silalah tegur aku sekiranya korang sedar akan kekhilafan aku. Aku sedar..sebagai manusia biasa, aku sememangnya banyak sangat kelemahan. Oleh itu, aku amat hargai segala teguran yang membina.

Akhir kata... semoga Ukhuwah antara kita dapat dieratkan dan dikekalkan sampai bila-bila...
........salam......

Tuesday, July 28, 2009

Mikaeel Jackson Conspiracy


Konspirasi Pembunuhan Mikaeel..baca lah...

Michael Jackson (MJ) was known as the most loving person in the world. He gave up most of his assets for charity and all his life, he fought for equality of the African Americans, AIDS victims, Against Drug Abuse, Against Abortion, Against Child Labor and secretly channelled his properties for the hungry children of the world. However, he wasn't peace at heart. He always think of himself as a child trapped inside a man's body. Being Peter Pan is all his dream, never to grow up, forever a child. That inspires him to build Neverland - a heaven for children. Children of all ages and races are welcomed to Neverland. MJ had so much love to give.

However, he made a mistake which he didn't know of the consequences. He saw the peaceful life his brother, Jermaine (Muhammad Abdul Aziz) had as a Muslim - true, Jermaine faced so much pressure that he moved to Bahrain.

In 1989, MJ made a press conference which shocked the world, "I have seen the Islam in the life of my brother, I have read the books about Islam. And I'd love to someday feel the calmness and peace of Islam...." Since that, MJ's life was never the same again.
He was accused of so many accusations against child molestation. MJ was not someone who can deal with much pressure as he is a 'delicate child'. All the extortion and black mail followed after that. Everything he did was being seen as wrong in the eyes of the media. All these are to influence his fans to hate MJ. If he is hated, then he would not be influencial anymore.

For several years, he stayed in England. Getting motivation from a long time friend, Cat Stevens, who had converted into Islam - named Yusuf Islam. From him, MJ learnt how Yusuf had survived being Muslim. He made friends with a song writer, Zain Bhikha too, who wrote a song titled, "GIVE THANKS TO ALLAH", which he wanted MJ to sing whenever he is ready.

Following his trial, MJ withdrew to Bahrain, where he was the special guest of sheik Abdullah bin Hamad Al Khalifa, the son of Bahrain’s king. It was then that Michael began to give conversion more “serious thought.”
MJ stayed in Bahrain for approximately 3 years. He studied Islam, the prayers and learn to read the Koran (Al-Quran).

Finally, he came back to Los Angeles and in November 2008 MJ had formally converted to Islam in a ceremony at a close friend’s house in Los Angeles.
He perform Haj with the king of Bahrain and son on December 2008.

He had a hidden agenda when he wanted to make a final comeback. He annouced in a press conference on March 2009, "This will be my final concert. I'll see you all in July...." He planned that during his concert, he would announce that this is the FINAL concert as he wouldn't be performing anymore. He will declare that he is a Muslim and will only sing with Yusuf Islam and Friends.
At the end of the concert, he will be singing the song, "GIVE THANKS TO ALLAH" with Yusuf Islam. That is the reason why he chose London as his final concert venue instead of the USA. It was because he thought he could escape the USA's extortion, and that he could perform with Yusuf Islam who is in England.

At 12.30am, 5th June 2009, he hugged his production manager and said, "After reherasing for 2 months, I am finally ready for the concert..."
Before leaving to sleep, he waved his dancers, "It was a good night everyone. I'll see you all tomorrow..." The next thing... He was pronouced dead at 2.26am....

When 911 was called, there are so much questions asked. It is as if they didn't know who MJ is and where he lived. The questions asked are more towards to delay time. The hospital said the autopsy result can only be obtained after 2 months - very illogical as even the worst African technology could obtain the result in less than 2 weeks.

MJ's family members opt for second private autopsy as they started to feel something fishy is going on. The result came out in about 4 days - MJ was drugged with high dosage of anaesthetic - drug that brings about a reversible loss of consciousness, if used to much could stop the heart from beating.

Another result which was not aired in the media was, MJ's stomach is empty of this drug, but his blood were filled with it - same case as the death of Marilyn Monroe.
The private doctors also found many needle marks, afraid to be forced injections given to MJ on his bed.

In CNN Live after a week, Barack Obama was interviewed. And he said, "I love MJ, I grew up listening to his songs. It is a great loss, but rest assured that there is no conspiracy in his death..."
Now, why must a President made such statement before the official autopsy result came out? How would he know that there is no conspiracy without the post-mortem result? Seems like someone is afraid of his shadows.

MJ was known to the world as a person who is against drug abuse. Why must he be addicted to drug, then? If he wanted to commit =suicide, why rehearse for his concert? And why will he want to see his dancers the next day?

Enough about his death. I am sure people around the world is not stupid anymore. These supreme power can fool us during the Marilyn Monroe conspiracy, Martin Luther King and Princess Diana. But in this MJ's case, they left too many loopholes for those who think...!!
MJ left us with this unfinished studio-recorded song, GIVE THANKS TO ALLAH. You can download this song here: http://www.filefactory.com /file/ahb80ff/n/Micheal_Jackson_-_Give_Thanks_To_Allah_mp3

MJ's family was about to give him a Muslim burial with the help of The brotherhood of Islam. But, the CIA showed up at Neverland's door - blackmailed them that if they do so publicly, Katherine (MJ's mother) would be pull off from MJ's children's custody as well as MJ's estates. Instead, they'll hire Debbie Rowe for the purpose, and the court will be in their favour. So much for democracy and fairness...

Finally, they agreed to let MJ have a Muslim burial in Neverland. But in condition, must show to the public a Christian Memorial Service, as to prove to the world that MJ was never a Muslim.
So, Staples Centre was just a normal show. That's why the coffin was closed and sealed.

MJ was buried days earlier. The Gold Coffin was empty. they were about to bury the Coffin according to Christianity ways in Hollywood - as in their deal with the USA Government.

These happened, because the USA is afraid of the rising numbers of Muslims in the world.

source : www.syok.org

Monday, July 27, 2009

Speechless

Aku nga malas ni.. nak update blog pun malas.. tolong...

Thursday, July 23, 2009

Thanks to all my friends!!

Inilah kek besday 2 dalam 1

Upacara mencucuk lilin..

Pada 22 hb Julai yg lepas, aku telah diraikan oleh sahabat-sahabatku sempena dengan hari jadiku yg ke 21 (dh tua rupenye..) yang jatuh pada 1 Julai lepas. First of all, aku nak ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua sahabatku yang terlibat, termasuklah Wawa, Miza, Iffa, Wahida, Kak Biha, Wan, Shamsul, Rahmat Geni (susunan nama tidak menggambarkan ranking kawan aku, semua aku anggap sama rata ye..)dan juga kawan2 yg x dapat datang malam tu.

Sebenarnye, besday tu untuk aku dan juga Asmah yang juga besdaynye jatuh pada bulan Julai juga. Tapi die x dapat datang kerana ada urusan lain. Happy besday to you to, Asmah..Anyway, diorang sebenarnye buat suprise kat aku. Dan sebenarnye...aku amat2 terharu kerana sejak bumi ni wujud, inilah kali pertama besday aku diraikan dan !st time jugak aku potong kek hari jadi aku. Mereka juga ada yang bagi kad ucapan dan juga hadiah. Thanks again, my friends..

So pada malam tu, happening la sesangat. Bergambar tu x payah cakap la..memang masing2 jadi model sambilan sukarela. macam2 aksi boleh dilihat. tengoklah sendiri gmbr kt atas tue.. huhu...

Aku harap tradisi ini berkekalan dan hubungan persaudaraan antara kita
akan menjadi semakin erat dan berkekalan... Amin...

Lepas geram dengan anak ayam..(CUTE!!)


NUSAJAYA - Sewaktu kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor datang ke pejabat semalam, mereka tidak menyangka akan mendapat 'hadiah' anak-anak ayam.

Namun itulah yang berlaku apabila sekumpulan penternak melepaskan 4,000 ekor anak ayam di hadapan pejabat itu pagi semalam gara-gara menuntut insentif ternakan ayam daripada pihak berkuasa.

Ia menimbulkan suasana kelam-kabut seketika apabila kakitangan jabatan berkenaan bertungkus-lumus menangkap anak-anak ayam yang baru berusia sehari dan kemudian membawanya pulang.

Menurut wakil penternak, Gan Heng Kok, 49, tindakan protes itu dibuat kerana mereka tidak diberi insentif khususnya kepada penternak yang mempunyai ternakan melebihi 20,000 ekor ayam."Setakat ini hanya penternak yang mempunyai tidak lebih 20,000 ekor anak ayam layak mendapat insentif," katanya ketika ditemui di sini.

Wednesday, July 22, 2009

Di manakah kau wahai semangatku


Semangat.. di manakah semangat ku.. Aku kehilangan semangat..tolong!!
Kenapa dgn diri aku nih..

Aku seorang mahasiswa sepatutnya ada semangat yang berkobar2 utk study.
Tapi ni tidak, aku asyik nak enjoy je.

Huhu...latihan tu..(gambar) malasnyer nak buat.. ade siape2 boleh tolong buatkan utk aku??

Monday, July 20, 2009

A trip to The Mines


Pada 19hb July '09 haritu, aku bersama dengan sehabatku, Sam, E'one dan RG telah pergi bersantai di The Mines, Seri kembangan..(peh, ayat skema x leh tahan). Kitorang g situ bertujuan untuk membeli barang keperluan dan lain-lain, antaranya Sam telah membeli Handphone baru untuk menggantikan handphone lamanya yang telah terkorban di dalam lubang ja**an. So jgn sedih2 lg ye Sam, kan dah ade HP baru..canggih lagi..hehehe..

Selepas beli HP, kitorang pun g la jalan2 sekitar shopping complex tu. Ade la beli barang2 cket..baju..sluar.. Then lepas g shopping, kitorang pun tengok movie..citer ape? Harry Potter and the Half-Blood Prince. Erm..aku ni bukanlah peminat Harry Potter, tp xtau knp boleh tgk citer ni. Aku follow jer.. Time kt dlm cinema, mule2 excited la. Tp bile dah start citer lame cket, aku dah start boring.. yela..aku bukan peminat citer tu. Lgpun aku tgk citer tu x best la..x byk action..jz ckp ckp dan ckp.. huhu.. aku ckpla kt Sam..bile la citer ni nk abis..dah la x tahan nk piss..sejuk sgt dlm tu. sabar jela. Akhirnya keluar jgk pkul 8 malam lbih. kitorang pun cepat2 solat Maghrib..huhu..

Lepas solat jer, kitorang terus g makan..kt KFC je la. dah lapar gler ni. kitorang order la Snack Plate utk sume. Ape lg..melantak la.. dah kenyang, balik la terus. Aku mase tu tgh pening2 lalat, sejak kuar dari cinema tu..Aduh..

On the way balik kolej, aku senyap je.. dah x larat dah. Akhirnya smpai la ke destinasi iaitu kolej kitorang dalam jam 9 malam lebih. Alhamdulillah. Then aku terus g solat, tido terus. memang dah x leh tahan dah penat dan peningnye ni..

As a conclusion..(ceh)..kitorang enjoy la jgk. dapat mengeratkan silaturahim. dan juga dapat menggunakan wang kami yang berlebihan ni..(alamak!!) itu saje post utk hari ni saje je nk kongsi kt korang sume. semoga berjumpa lagi... salam..

Sunday, July 19, 2009

Cantik bukan terus untuk dicintai..

Jika seseorang lelaki mengatakan dia mencintai anda kerana SEMATA-MATA KERANA KECANTIKAN ANDA, awas, anda mungkin akan ditinggalkan apabila sudah tidak cantik lagi. Jika seorang lelaki mengatakan dia sanggup berkorban apa sahaja demi cintanya kepada anda dan apabila anda bertanya kenapa, dia memberitahu karana, "AKU TERPESONA DENGAN WAJAHMU" awas anda akan ditinggalkan apabila wajah anda tidak lagi mempersona.

Lelaki yang terlalu memuji anda sebagai "bidadari" bukan calon terbaik untuk dijadikan suami. Kalau dia terpukau dengan kecantikan anda, tentu ramai lagi yang lebih menarik dan cantik daripada anda diluar sana. Kalau hari ini dia boleh terpukau hanya kerana kecantikan anda, tidak mustahil dia akan terpukau dengan kecantikan yang mengatasi anda suatu masa kelak.

Jatuh cinta disebabkan cantik itu penting, tapi jika terlalu dipentingkan, anda bakal menjalani kehidupan yang tidak menentu pada usia-usia mendatang.

Lelaki yang hanya mementingkan kecantikan sebenarnya "buaya" yang tidak mahu menilai keseluruhan anda. Dia hanya menyempitkan penilaiaannya hanya pada muka dan apabila muka itu sudah tidak menepati cita rasanya, perasaannya turut berubah. Cinta yang dibibitkan oleh kecantikan dan ketampanan semata-mata biasanya tidak kekal hingga ke hujung (Buktinya artis atau model).

Jika anda memiliki wajah yang cantik, usah terlalu gembira kerana mungkin anda akan bertemu dengan lelaki yang salah; jika anda hodoh jangan pula bersusah hati sebab lelaki sejati adalah yang menilai wanita secara tersendiri.

Bagaimana cantik pun akan pudar, bagaimana tampan pun akan hilang. Wajah yang indah dipandang akan menjadi cuka yang memasamkan kehidupan jika yang lainnya tidak cantik. Kopi itu pahit jika berdiri sendiri., tapi kopi akan menjadi enak kalau digandingkan dengan gula dan susu.

Lawak..Lawak... (bace ni!)

> Murid : Selamat pagi, cikgu.
> Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
> Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
> Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
> Murid : Selamat sejahtera cikgu!
> Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
> Murid : Faham, cikgu!
> Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
> Murid : (senyap)
> Cikgu : Pandai!
> Murid : Bodoh!
> Cikgu : Tinggi!
> Murid : Rendah!
> Cikgu : Jauh!
> Murid : Dekat!
> Cikgu : Keadilan!
> Murid : UMNO!
> Cikgu : Salah!
> Murid : Betul!
> Cikgu : Bodoh!
> Murid : Pandai!
> Cikgu : Bukan!
> Murid : Ya!
> Cikgu : Oh Tuhan!
> Murid : Oh Hamba!
> Cikgu : Dengar ini!
> Murid : Dengar itu!
> Cikgu : Diam!
> Murid : Bising!
> Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
> Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
> Cikgu : Mati aku!
> Murid : Hidup kami!
> Cikgu : Rotan baru tau!
> Murid : Akar lama tak tau!
> Cikgu : Malas aku ajar kamu!
> Murid : Rajin kami belajar cikgu!
> Cikgu : Kamu gila!
> Murid : Kami siuman!
> Cikgu : Cukup! Cukup!
> Murid : Kurang! Kurang!
> Cikgu : Sudah! Sudah!
> Murid : Belum! Belum!
> Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
> Murid : Sebab saya seorang pandai!
> Cikgu : Oh! Melawan!
> Murid : Oh! Mengalah!
> Cikgu : Kurang ajar!
> Murid : Cukup ajar!
> Cikgu : Habis aku!
> Murid : Kekal kami!
> Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
> Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
> Cikgu : Sudah, bodoh!
> Murid : Belum, pandai!
> Cikgu : Berdiri!
> Murid : Duduk!
> Cikgu : Saya kata UMNO salah!
> Murid : Kami dengar KeADILan betul!
> Cikgu : Bangang kamu ni!
> Murid : Cerdik kami tu!
> Cikgu : Rosak!
> Murid : Baik!
> Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
> Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
> Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

STRESS... negative or positive?

Apa itu STRES?

Menurut Dr. Hans Selye, pengasas teori stres, stres merupakan satu gejala tindak balas yang tidak spesifik oleh individu terhadap beban yang datang dalam bentuk keresahan yang disebabkan cabaran, ancaman atau perubahan yang memerlukan respon.

Bertentangan dengan persepsi ramai orang, stres boleh dibahagi kepada stres yang baik atau positif yang dikenali sebagai eustress dan yang buruk atau negatif distress.

Pegawai perubatan di sebuah institusi kesihatan di ibu negara, Dr. S. Mogan berkata, stres yang positif boleh membuatkan seseorang lebih berhati-hati, fokus dan kreatif dalam kehidupan harian.

Menurut sejarah, Alexander Graham Bell mencipta telefon, alat yang mencetus revolusi dalam bidang perhubungan, ketika ingin membantu tunang beliau yang telah hilang pendengaran.

Sukar untuk didefinisi

Kata Dr. Mogan, memang sukar untuk memberi definisi mengenai stres kerana ia suatu aspek yang subjektif.

“Kalau anda tanya 10 orang tentang apa yang sebabkan mereka rasa stres, maka anda akan mendapat 10 jawapan yang berlainan.

“Sebabnya tiada definisi tentang stres yang dipersetujui semua, apa yang stres bagi seseorang mungkin perkara yang menyeronokkan atau tiada apa-apa bagi orang lain.

“Contohnya, penunggang motosikal akan berasa gembira bila dapat memecut kenderaan mereka manakala ini perkara yang menakutkan bagi orang lain. Menang dalam perlumbaan mungkin lebih stres daripada kalah tapi ini merupakan stres yang baik”, kata kepada Bernama.

Menurut pendidik Fatimah Mansur, stres melonjakkan produktiviti seperti bila pelajar menghadapi peperiksaan.

“Pelajar berusaha dengan lebih keras bila peperiksaan telah hampir manakala pekerja di pejabat bekerja dengan lebih cepat bila waktu pulang sudah dekat", kata beliau.

Fatimah berkata, orang ramai perlu mendapat stres yang sesuai untuk produktif dalam kehidupan seharian.

“Anda boleh guna dan gembleng stres untuk menjadi lebih produktif,” kata Fatimah lagi.

Risalah Kementerian Kesihatan

Menurut risalah yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, antara punca stres ialah beban kewangan, masalah rumah tangga, menunggu terlalu lama, mangsa buli, beban kerja yang tinggi, suasana persekitaran yang tidak sihat, rasa rendah diri, kesesakan jalan raya, serta tragedi.

Seseorang yang mengalami stres akan menunjukkan kegelisahan, risau keterlaluan dan gangguan emosi, insomnia (tidak dapat tidur), kurang fokus dan tumpuan kerja serta resah dan cepat marah.

Mereka digalakkan mengambil 10 langkah ‘B’ iaitu bertenang, bernafas dengan dalam, berkata ‘relakslah’, beribadat, bercakap dengan seseorang, berurut, berehat dan mendengar muzik, beriadah, bersenam dan berfikiran positif.

Saturday, July 18, 2009

M3P...penat!!







Pada tanggal 18 Julai 2009 berlakulah peristiwa iaitu program Minggu pengenalan Persatuan Pelajar (M3p). AKu hanya lah seorang AJK pelaksana jer.....tp anyway aku rase puas kerana dapat membantu kawan2 ku dlam menjayakan program ini.

Program ini dianjurkan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tahun satu berkenaan dengan pentadbiran Fakulti dan juga beramah mesra dengan Pimpinan PMFEP. Selain itu juga, mereka juga didedahkan dengan aktiviti persatuan dalam fakulti. Pelantikan Kelab pelajar tahun satu juga diadakan.

Aku sedikit sebanyak ade gak la menolong itu ini. walaupun penat, tp puas la. dah la x dpt makan pagi2 tu..huhu tahan lapar jer. tp bile makanan dah smpai, aku balun habis2..

Buat kawan2 ku yang turut serta dalam progrram ini, terima kasih kerana memberi kerjasama yang secukupnya dan juga memberi sokongan dalam menjayakan program ini.. (cheewah, cakap mcm aku ni ketua program pulak).

Ok la, I hope kita dapat berjumpe selalu kat fak. semoga kita bersama-sama mncapai kejayaan..
Blog Widget by LinkWithin
an empty feelin' © 2008 Template by:
SkinCorner