Monday, October 12, 2009

Final exam bakal menjelma

Huhu.. lame sudah tidak menaip.. maklum lah baru recover dari sakit.. sedar-sedar dah sampai ke minggu kuliah yang teakhir..(sedihnyer)..

final exam bakal menjelma.. aku kene serius la.. (selame ni x serius ke..) nak siapkan assignment lagi dan seterusnya study..study..dan study..

ok selamat study kawan2 dan semoga kita semua beroleh kemudahan dalam menjawab peperiksaan dan seterusnya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang..
insya Allah..

Saturday, September 12, 2009

Semangat hari raya..

Hmm..lagi seminggu Aidilfitri bakal tiba(pd saat aku tulis post ni la). fikiranku sekarang ke arah nak balik kampung jer..waaa.. Alhamdulillah 2 kelas terakhir sebelum raya iaitu Marketing Management dan MIS takde sbb rmai student dah balik, so boleh lah aku balik dengan tenang pada pagi Jumaat depan.

Akan tetapi, sebelum balik, aku terpaksa melalui satu lagi exam iaitu subjek statistik..susah woo..takut.. Aku harap2 dapatla jawab walau x semua pun dapat sikit pun jadi la.

Selepas exam itu, esoknye ade plak kuiz kat kelas Biz Comm. aduish..
then lepas tu boleh lah aku tumpukan pada balik kampung..yeehaa..

semoga aku dan kawan2 yang lain dapat balik ke kampung dengan selamat dan dapat beraya bersama keluarga dan sahabat yang dirindui di kampung.

...SELAMAT HARI RAYA...




Tuesday, August 25, 2009

Exam..exam..exam..

Minggu ni ade 2 exam.. marketing dengan MIS.. nak study.. xtau nak post ape.. hua3..

Saturday, August 22, 2009

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak

Salam...

Sudah lama rasanya saya tak mengepos kt blog ni.
Hmm..cm biase la alasan.busy memanjang..
sampai x sedar kita dah masuk bulam puasa.
aku pun xtau nk tulis pe ni.
So aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak
kepada semua umat Islam yang membaca blog aku ni..
semoga hidup kita diredhai dan diberkati oleh Allah.. amin..

Thursday, July 30, 2009

Layakkah aku digelar SAHABAT?

p/s : tangan aku xde kat situ

Sahabat...
Apakah makhluk yang dimaksudkan dengan sahabat? Ape yang kita sume tau, sahabat ialah kawan baik..kawan lepak..member kamceng.. tp hakikatnya sahabat lebih daripada itu.

Sahabat merupakan insan yang rapat dengan seseorang, sanggup berkorban dan sanggup berkongsi segala suka dan duka. (tengok kamus dewan kalau nak tau lebih) akan tetapi..layakkah aku digelar sahabat? aku akui, aku bukan lah sempurna..memang tiada yang sempurna melainkan Allah.

Akan tetapi..kadang-kadang..aku terasa bahawa aku tak layak digelar sahabat. Aku masih kurang sumbangan terhadap kawan..dan lebih teruk lagi, tidak pandai menjaga hati kawan. Sebenarnya aku seorang yang pendiam..sebab aku x pandai nak cakap sangat. Tapi dlm hati aku tetap ada keinginan untuk berkata-kata dengan petahnya dengan kawan2 aku..sehinggakan kadangkala aku tidak sedar bahawa kata-kata ku ini ada yang menyebabkan orang-orang tertentu terasa.. Aku akui, memang aku silap. tapi percayalah, ia bukan disengajakan. aku xde niat nak sakitkan hati kawan2 aku. ye..aku masih kurang kemahiran bercakap. pelik kan..tapi itu lah hakikatnya..

Kepada semua kawanku yang mengenali diri ini, aku di sini ingin memohon ampun dan maaf sekiranya aku ada membuat anda semua terasa, sedih, marah dan sebagainya. percayalah, aku tidak berniat jahat terhadap korang, tapi itu sebenarnya datang dari kelemahan diri aku. Aku masih dalam proses belajar, jadi tolonglah terima aku seadanya dan bantulah aku menjadi seorang insan yang baik. Silalah tegur aku sekiranya korang sedar akan kekhilafan aku. Aku sedar..sebagai manusia biasa, aku sememangnya banyak sangat kelemahan. Oleh itu, aku amat hargai segala teguran yang membina.

Akhir kata... semoga Ukhuwah antara kita dapat dieratkan dan dikekalkan sampai bila-bila...
........salam......
Blog Widget by LinkWithin
an empty feelin' © 2008 Template by:
SkinCorner