Thursday, June 23, 2011

Selamat Tinggal UKM

Assalamualaikum.. post kali ni agak touching sebabnye setelah hampir setahun aku x update blog, akhirnya aku tergerak hati nak mengemaskininya. Setelah pelbagai ranjang dan cabaran dilalui dalam hidup ini, aku banyak belajar tentang kehidupan dan mempersiapkan diri untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan selepas ini.


Pada tarikh post ini ditulis, tinggal beberapa hari sahaja lagi aku berada di bumi UKM Bangi ini sebagai pelajar. Sebabnya sekarang ni aku sedang bersiap untuk menghadapi exam yang terakhir kalinya di UKM (insya Allah). Selepas itu, aku akan meninggalkan kampus yang tercinta ini untuk kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat serta menjalani kehidupan sebagai manusia yang berpendidikan dan berkerjaya.

Masih teringat tanggal 29 Jun 2008, tarikh keramat aku mendaftarkan diri di kampus ini. Rupa-rupanya sudah 3 tahun aku di sini menimba ilmu dan pengalaman. Sangat banyak kenangan pahit dan manis yang telah ku rasai sepanjang berkelana di bumi UKM ini. Sebegitu ramai sahabatku di sini, yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia dan dunia. Di sini juga aku berpeluang menjejakkan kaki ke negara orang (Jepun dan China).


bersama kawan-kawan ketika di Jepun

Namun yang membuatkan hidup aku di UKM ini indah adalah kerana sahabat-sahabatku yang setia dan sanggup bersama tatkala suka dan duka. Tanpa diorang, hilanglah seri hidupku di kampus ini. Sejujurnya aku rasa amat bertuah dan bersyukur kerana terpilih untuk menjadi warga UKM.

sahabat dari geng marketing-tong

Tidak lupa juga kepada kekasihku Noor Aidah yang setia bersamaku walaupun pelbagai ribut nan melanda. Namun Alhamdulillah semuanya berjaya diharungi. Saya doakan semoga awak berjaya dalam hidup, insya Allah.

Akhir kata, semoga berjumpa lagi di lain post. Aku memanjatkan syukurku kepada Allah dan berterima kasih kepada keluarga, kekasih, pensyarah dan juga semua sahabatku kerana sudi menjadi pembimbing dan teman sepanjang hidupku di dunia ini. Semoga ikatan silaturahim yang terjalin akan terus berkekalan selama-lamanya.

Sunday, October 31, 2010

Aku di sini..

Salam diberi kepada semua yang membaca dan menghadap blogku ini.. (haha..ade ke)..
setelah sekian lama aku membiarkan blog ku terbengkalai, akhirnya ku mengupdate jugak
blog ini.



Sekarang, aku sedang menghadapi fasa exam.. sangat malas rasanye.. malas nk study.. ntah la. Pastu plak, kne fkir pasal program knowing Asean+3 yg akan berjalan x lame lagi.. oh...

YA ALLAH... KAU PERMUDAHKANLAH URUSAN HAMBAMU INI...

Aku harap semua geng dpat menghadapi exam dgn baik sekali. Oleh kerana tahun depan
ku mula bermastautin kembali di bumi Pontian, aku akan merindui kenangan ku di UKM ini.. (sedih la plak)

Tapi jgn risau, Insya Allah, shortsem bulan 5 nnti,aku akan kembali ke UKM..
untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan yang masih belum selesai..

Semoga ikatan persaudaraan yang kita bina akan berkekalan selama-lamanya.. Amin..

Sunday, February 28, 2010

Blogku yg terbengkalai..

Salam..

Fuhh.. akhirnya tergerak jugak jari ni nak menulis kt blog.
sejak sekian lama dah x terjenguk blog ni.
Anyway, aku sgt2 busy sejak kebelakangan ni..
dgn study..assignment..exam..program..bisness lg.. fuh..
tp xpela.. aku anggap ni sume satu rencam hidup di menara gading..

xde ape nk dikongsikan..huhu..
insya Allah lepas ni selalu la dpt update blog ni..
Salam..

Wednesday, December 2, 2009

Akhirnya aku meng"update' blog ku


Akhirnya.. setelah sekian lama aku x update, akhirnya aku berjaya juga memujuk hatiku untuk mengupdate blog kesayanganku ini. seperti biasa aku akan menceritakan perkembangan terbaru diriku.

Raya Haji baru saja berlalu. keluarga aku membuat korban lembu tahun ni, masuk semua ahli keluargaku 7 orang kecuali adikku yg paling kecil. 1st time aku terlibat secara langsung dgn penyembelihan lembu walaupun bukan aku yang sembelih. seram mmg seram sbb aku x boleh tgk darah byk2 (yeke..) tp selambe je lah.

Ehem..pada ahad ini (6hb Disember 2009) aku akan bergerak ke negara matahari terbit, Jepun untuk lawatan ilmiah fakulti Ekonomi dan Perniagaan, UKM. (Fak aku laa..) Aku jz jd unit TTK sahaje dan keje aku mostly dah settle, cume de sikit2 je yg perlu diselesaikan. Aku sangat teruja sekali kerana dapat juga ke luar negara setelah sekian lama x pergi..(padahal sblum ni g Singapore je kot).

Buat keluarga dan teman2, terima kasih atas sokongan dan bantuan anda. doakan keselamatan dan kesejahteraan kita bersama. Semoga kita dapat berjumpa lagi di lain masa. Insya Allah aku akan update blog ni lepas g Jepun nnti untuk berkongsi kisah dan gambar2 menarik sepanjang aku di sana.
Salam...

Tuesday, October 20, 2009

AWAS!! Kuiz ramalan nasib di Facebook


Bagi mereka yang mendaftarkan akaun Facebook dan aktif menggunakannya pasti sedia maklum bahawa antara aplikasi menarik di dalam Facebook ialah membuat kuiz. Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Facebook boleh mencipta apa sahaja kuiz dengan hanya mengikuti aturan-aturan yang mudah. Kini, kedapatan lambakan bentuk kuiz yang tersedia dalam Facebook, dan sesetengah pengguna menjadi ketagih dengan kuiz-kuiz ini.

Dari sisi positif, aplikasi kuiz ini boleh dimanfaatkan sebagai satu medium dakwah yang menarik. Iaitu dengan mencipta kuiz-kuiz berbentuk ilmiah dan keagamaan. Sekurang-kurangnya pencipta kuiz boleh mempelajari skill membuat soalan yang berkesan dan pengguna yang menyertainya pula dapat mengulangkaji maklumat-maklumat yang mungkin sudah lama ditinggalkan.

Malangnya, kebebasan mencipta kuiz di Facebook telah disalahgunakan oleh sesetengah pengguna dengan membuat kuiz-kuiz yang boleh mencemarkan akidah dan kepercayaan. Antaranya kuiz horoskop, kuiz ramalan nasib, kuiz ramalan jodoh, kuiz ramalan di mana dan bila anda mati dan lain-lain.

Contohnya, dalam kuiz ‘Singkap Rahsia di Sebalik Nama’, jika seseorang bernama ALI menyertainya, setelah mengikuti aturan ringkas, jawapan yang akan diberikan adalah seperti di bawah:

ALI: 1+3+9=13
1 + 3 = 4

Nombor Rahsia disebalik nama anda ialah : 4

Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.

Jika anda mengikuti kuiz ‘Singkap Rahsia Nombor Lahir Anda’ pula, dan anda memasukkan sebagai contoh tarikh 1 Januari 1979, maka ramalan yang tertera ialah:

1 + 1 + 1979 = 1981
1 + 9 + 8 + 1 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1
Nombor Tarikh Lahir anda ialah :1
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.

Tidakkah satu kejahilan tentang agama dan kebebalan yang melampau, apabila sikap seseorang insan boleh diketahui melalui ejaan namanya atau susunan tarikh lahirnya? Sejak bilakah Allah Taala menjadikan ejaan nama seseorang dan susunan tarikh lahir sebagai alamat bagi sifatnya?

Malah, terdapat juga kuiz-kuiz yang lebih dahsyat seperti kuiz meramalkan di mana dan bilakah anda mati. Berdasarkan soalan-soalan dalam kuiz seperti ini, saya percaya bahawa orang yang membuat kuiz ini hanya main-main sahaja. Tidak berdasarkan kepada mana-mana teori atau falsafah.

Contohnya, saya menjawab secara rambang satu kuiz bertajuk ‘Di mana kamu mati’. Jawapan yang tertera ialah:

Di Rumah.
Lu mati jatuh dari tangga paling atas ke bawah tanggal 03 Maret 2014.

KEWAJIPAN MEMELIHARA AKIDAH

Berdepan dengan kemunculan tukang ramal dan tukang nujum moden di dalam Facebook, kita sebagai orang beriman wajib mempelajari dan memelihara akidah yang sahih. Agar dapat mengelak daripada kemurkaan Allah, dan membezakan antara hak dan batil.

Ramalan nasib, ramalan kematian, dan ramalan jodoh yang berasaskan kepada kaedah nama, warna kegemaran, dan seumpamanya adalah satu pencemaran dalam akidah Qadha’ dan Qadar. Kerana ilmu tentang perkara ghaib adalah hak mutlak Allah Taala, yang tidak dikongsikan dengan sesiapa pun kecuali yang dikhabarkan kepada rasul-rasulNya.

Allah menegaskan dalam Al-Quran:

Maksudnya: “Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun. Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya. (Al-Jinn: 25-26).

HUKUM BERTANYA TUKANG RAMAL

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah melarang umatnya daripada bertemu dengan tukang ramal, apatah lagi mempercayai ramalannya.

Sabda baginda:

Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu bertanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima sembahyang baginya selama empat puluh malam”. (Direkod oleh Muslim).

Di dalam hadis lain:

Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu mempercayai apa yang dikatakannya, maka dia telah kufur kepada apa yang diturunkan ke atas Muhammad”. (Direkod oleh Ashab Al-Sunan).

Mendatangi tukang ramal bukanlah satu kekufuran atau syirik secara mutlak. Menurut Syeikh Al-Utsaimin, ia boleh dibahagikan kepada tiga katagori.

Pertama: Orang yang datang kepada tukang ramal untuk bertanya ramalan sesuatu, tetapi tidak mempercayainya. Perbuatan ini adalah haram, dan balasannya ialah tidak diterima sembahyang selama 40 hari.

Kedua: Orang yang bertanya tukang ramal, dan mempercayai apa yang diramalnya. Perbuatan ini selain haram, ia menyebabkan jatuh kafir kepada Allah. Kerana mempercayai bahawa tukang ramal mengetahui perkara-perkara ghaib yang merupakan hak mutlak Allah. Ia juga satu bentuk mendustakan ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan bahawa ilmu ghaib adalah kepunyaan Allah semata-mata.

Ketiga: Orang yang bertanya tukang ramal kerana maslahah untuk menyelidiki dakwaannya. Supaya dapat dijelaskan pendustaannya atau diambil tindakan terhadapnya. Tindakan ini adalah harus sebagaimana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bertanya beberapa soalan terhadap Ibn Shoyyad.

Justeru, sebelum pengguna Facebook menyertai kuiz-kuiz ramalan, pastikan dulu dia termasuk dalam kategori manakah.

SEKADAR MAIN-MAIN

Sesetengah penagih kuiz-kuiz ini mempertahankan tindakan mereka dengan hujah kuiz-kuiz ramalan itu hanyalah satu bentuk permainan merehatkan minda sahaja, tanpa mempercayainya.

Sedarkah mereka bahawa dalam perkara Akidah, kita dilarang menjadikannya sebagai main-mainan dan olok-olokan? Bolehkah akidah tentang qadha dan qadar dijadikan main-mainan? Akidah bahawa Allah sahaja yang mengetahui perkara ghaib boleh dijadikan bahan mainan?

Di samping itu, adakah kita pasti kuiz-kuiz seperti itu langsung tidak memberi kesan kepada akidah pengguna Facebook yang rata-ratanya adalah remaja dan muda-mudi? Bagi saya, kuiz-kuiz ramalan di dalam Facebook adalah satu fitnah terhadap pengguna-pengguna Muslim, terutama mereka yang cetek ilmu agama.

Mereka yang bertanggungjawab mencipta kuiz-kuiz ini, hendaklah bertaubat kepada Allah kerana perbuatan mereka boleh membawa fitnah dan bencana kepada akidah orang Islam lain. Allah berfirman:

Maksudnya, “Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar. (Al-Buruj: 10).

Sumber:

http://abuumair1.wordpress.com/2009/10/07/kuiz-ramalan-nasib-di-facebook/
Blog Widget by LinkWithin
an empty feelin' © 2008 Template by:
SkinCorner