Thursday, June 23, 2011

Selamat Tinggal UKM

Assalamualaikum.. post kali ni agak touching sebabnye setelah hampir setahun aku x update blog, akhirnya aku tergerak hati nak mengemaskininya. Setelah pelbagai ranjang dan cabaran dilalui dalam hidup ini, aku banyak belajar tentang kehidupan dan mempersiapkan diri untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan selepas ini.


Pada tarikh post ini ditulis, tinggal beberapa hari sahaja lagi aku berada di bumi UKM Bangi ini sebagai pelajar. Sebabnya sekarang ni aku sedang bersiap untuk menghadapi exam yang terakhir kalinya di UKM (insya Allah). Selepas itu, aku akan meninggalkan kampus yang tercinta ini untuk kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat serta menjalani kehidupan sebagai manusia yang berpendidikan dan berkerjaya.

Masih teringat tanggal 29 Jun 2008, tarikh keramat aku mendaftarkan diri di kampus ini. Rupa-rupanya sudah 3 tahun aku di sini menimba ilmu dan pengalaman. Sangat banyak kenangan pahit dan manis yang telah ku rasai sepanjang berkelana di bumi UKM ini. Sebegitu ramai sahabatku di sini, yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia dan dunia. Di sini juga aku berpeluang menjejakkan kaki ke negara orang (Jepun dan China).


bersama kawan-kawan ketika di Jepun

Namun yang membuatkan hidup aku di UKM ini indah adalah kerana sahabat-sahabatku yang setia dan sanggup bersama tatkala suka dan duka. Tanpa diorang, hilanglah seri hidupku di kampus ini. Sejujurnya aku rasa amat bertuah dan bersyukur kerana terpilih untuk menjadi warga UKM.

sahabat dari geng marketing-tong

Tidak lupa juga kepada kekasihku Noor Aidah yang setia bersamaku walaupun pelbagai ribut nan melanda. Namun Alhamdulillah semuanya berjaya diharungi. Saya doakan semoga awak berjaya dalam hidup, insya Allah.

Akhir kata, semoga berjumpa lagi di lain post. Aku memanjatkan syukurku kepada Allah dan berterima kasih kepada keluarga, kekasih, pensyarah dan juga semua sahabatku kerana sudi menjadi pembimbing dan teman sepanjang hidupku di dunia ini. Semoga ikatan silaturahim yang terjalin akan terus berkekalan selama-lamanya.

3 Komentar:

azraftarmizi's blog said...

hahahaha..congrat mamil !!! :)

mamilGT3 said...

thanks.. congrats utk ko jgk..

LeMaNtO said...

ehehehehe.. (itu sahaja)

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
an empty feelin' © 2008 Template by:
SkinCorner