Wednesday, May 13, 2009

Genap 40 tahun Peristiwa 13 Mei


Hari ini tanggal 13 mei 2009 genaplah 40 tahun peristiwa rusuhan kaum / politik yang berlaku pada tahun 1969.. Namun.. adakah antara kita terutamanya golongan pasca 70-an yang melihat serius akan peristiwa bersejarah ini? saya rasa tidak. malah tarikh 13 mei dianggap sebagai hari biasa sahaja. Namun hakikatnya pada tarikh yang sama 40 tahun yang lepas telah berlaku peristiwa hitam di negara Malaysia yang baru merdeka ketika itu di mana orang Melayu telah berperang dengan kaum Cina.

Aku tak mah bercerita tentang kisah peristiwa 13 mei ini kerana telah banyak sumber di media mahupun di internet yang memaparkan berbagai-bagai versi tentang peristiwa ini. bergantunglah kepada korang semua untuk mempercayai versi yang mana satu. tapi di sini aku nk bincangkan pengajaran yang kita perlu (bukan setakat perlu, malah WAJIB) ambil daripada peristiwa itu.

Antaranya ialah hubungan antara kaum. memang di malaysia terdapat pelbagai kaum. so nak taknak kita kene berkongsi hidup dengan kaum lain. perkara yang paling penting ialah kepercayaan. kita x boleh sangsi atau prejudis dengan kaum lain walaupun berlainan agama. akan tetapi hal ini sebenarnya susah nak dilaksanakan kerana dalam kalangan orang Melayu pun xde kepercayaan,terutamanya yang melibatkan fahaman politik. sebenarnya di Malaysia, sentimen Politik adalah lebih berbahaya daripada sentimen perkauman. kerana sentimen politiklah tercetusnya api perkauman seperti yang pernah dan sedang dilaung2kan oleh politician kita sekarang.

Persoalan besar pula timbul..adakah sistem demokrasi yang diamalkan di malaysia sekarang tidak relevan? lihat sajalah..krisis di Perak, telah berlarutan sehingga lebih dari 100 hari. aku pun pening tgk diorang tu. rakyat nk mandat dikembalikan kepada mereka. kalau macam ni, Malaysia perlu kembali ke sistem monarki kot..macam kat Brunei tu. senang..xde parti politik yang memecehbelahkan masyarakat,takde pilihanraya yang membazirkan wang rakyat dan takde rampasan dan perebutan kuasa. semua akur di bawah satu pemerintahan tunggal..

Anyway.. aku harap korang yang baca post aku ni fikirlah masak2.. kita dah lebih 50 tahun merdeka, jangan la buat bende yang memalukan negara sendiri. sama-sama lah kita mendoakan negara kita aman sentiasa dan kembali kepada cara Islam. Wallau 'alam..


antara pic yg menunjukkan penyapu digunaan sebagai simbol untuk mengusir Melayu



Anggota FRU sedang berkawal

2 Komentar:

~liyanaiffa~ said...

wehh tau la tu tajuk etnik ko...huhuhu

mamilGT3 said...

sajer sebagai pedoman utk kite semua..

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
an empty feelin' © 2008 Template by:
SkinCorner