Wednesday, June 24, 2009

Goin' home..

Hari ni.. (25hb Jun 09) aku nak balik kampung.. yuhuu seronoknye... ok UKM dan Kolej Pendeta Za'ba dan juga kawan-kawan, jumpa lagi dalam semester pengajian akan datang... adios!!

Tuesday, June 23, 2009

Pelajar ditemui mati di kolej UKM

KUALA LUMPUR 23 Jun — Seorang pelajar wanita ditemui mati berhampiran tempat meletak kereta di Kolej Kediaman Za’aba, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Shakarudin Che Mood berkata mangsa, Siti Farihan Mohd Hassan, 23, ditemui tertiarap oleh seorang tukang sapu kira-kira 7 pagi.

“Seorang tukang sapu yang kebetulan sedang membersihkan kawasan itu ternampak mayat Siti Farihan sebelum menghubungi polis.

“Siasatan awal polis mendapati terdapat kesan lebam pada muka Siti Farihan dipercayai akibat hentakan yang kuat. Dia dipercayai terjatuh dari beranda biliknya yang terletak di tingkat empat bangunan lima tingkat itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata polis tidak menemui sebarang kesan geledah di bilik mangsa dan polis juga telah mengambil keterangan dari rakan sebilik Siti Farihan.

Mangsa yang berasal dari Kelantan ialah pelajar peringkat sarjana jurusan Sains Kimia. - Bernama

Monday, June 22, 2009

A condolence to my friends...



Dalam bulan ini, dua sahabatku, iaitu Iffa dan Norine telah mengalami dugaan yang hebat dalam hidup mereka..iaitu kehilangan orang yang disayangi. Iffa telah kehilangan nendanya tersayang dan Norine kehilangan ayahnya yang tercinta.

Sungguh aku tidak dapat membayangkan kesedihan yang mereka hadapi. Aku memang pernah mengalami kesedihan sebelum ini semasa kehilangan nendaku yang ku sayang. Tetapi mungkin bagi mereka lebih terkesan kerana ianya berlaku di saat mereka di ambang peperiksaan.

Aku juga perlu mengambil iktibar iaitu aku mesti sentiasa bersedia kerana kematian itu datang pada bila2 masa dan juga aku mesti bersyukur kerana masih mempunyai emak dan abah di dunia ini yang masih sihat. semoga dipanjangkan umur..amin..

Wahai sahabatku..bersabarlah di atas segala dugaan ini. Pasti ada hikmah di sebalik takdir ini. Yang penting kita yang masih bernafas di dunia ini teruskan perjuangan demi mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat serta mendapat keredhaan Allah. Sentiasa lah berdoa untuk insan yang telah pergi meninggalkan kita. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang soleh... Al-Fatihah....

Wednesday, June 17, 2009

Gelagat Nyit ku..

Saya ada seekor kucing.
Comel tak die?

Die mmg suke meniarap cam ni..ntah gaye ape ntah..

tabiat buruk : suke tido....atas iron pad lak tu.
susah org nak iron baju.

Ha.. ni gaya cicak man la kot. baring kat lantai..


Monday, June 15, 2009

a nightmare..

Hari ni aku down sangat2.. tau kenape?

cite die cm nie.. hari ni aku balik UKM setelah bercuti hujung minggu selama 3 hari. aku bertolak dari bustand Pontian tepat jam 4.00 pm. bas bergerak terus melalui Highway PLUS lalu kat simpang renggam (so cepatla sikit kot) tp bile dah smpai kat highway tu, driver bus tu terlebih berhema la pulak. so agak kebosanan la aku dlm bas menunggu bas tiba ke destinasi.

tepat jam 8.00pm (semua tepat, ye..ye..je) smpai la aku di ibu kota Malaysia. hmm x excited langsung. Then aku turun kat stesen LRT hang tuah. orang x la rmai sgt. tp lame gk nk tggu LRT yg menuju ke Sri Petaling ni.

Huh.. time LRT smpai tu gmbira la jgk. tp bile masuk jer dlm LRT tu.. Ya Allah.. Panasnye.. Masya Allah.. Aircond leh rosak lak. dah la tu..ramai org dlm tu. so trpksa lah aku menghirup udara yang tercemar tu (eei..)

smpai je kat stesen Tasik Selatan, aku trus g beli tiket ke UKM. pastu aku lihat tren dah ade, so aku pun bergegas ke tmpt kejadian. tp bile aku nk masuk jer.. masya Allah.. ni tin sardin ke ape? memang penuh giler.. huhu.. trpaksa lah aku tunggu tren yg berikutnye. tren yg ni ok cket, xrmai org, tp aku still x dpt duduk. xpelah, nak wat cmane..

sedang dlm prjalanan dari serdang ke kajang, Komuter ni tbe2 brhenti lak tengah2 jalan. aku pun xtau kenape. bukan sekali, tp dua kali. mmg mentensyenkan org betul. akhirnya aku smpai jgk di stesen UKM tepat (tepat lg..) jam 9.20pm.

aku pun naik la motor Wan yang dah setia menunggu aku sedari tadi. thanks Wan.. tup..tup..smpai la kat Kolej Pendeta Za'ba UKM yg tercinta ni.. memang lepak giler..
tp aku tetap bersyukur kerana telah selamat smpai ke destinasi.. Alhamdulillah..

Thursday, June 11, 2009

Pointer ku.. DOWN!!

PNGS menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu
dan aku , ku layu
disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

Dan bila kau menghilang
Musnah la, musnah impian
tuk menggapai bintang
terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
engkaulah, destinasiku
dalam ingatanku .. oh oh oh…

Kerana diri ini tak daya lagi
menempuh hidup yang ku temui
dan aku , ku tunggu .. oh oh oh
disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

Wednesday, June 10, 2009

a journey to the origin

semalam aku g Seremban..naik Komuter.. aku nak g bustand Seremban..konon nak usha tiket balik kg..tp unfortunately..xde la pulak. ade pun ke JB(aku nak cari yg ke Pontian)..RM28..peh!! baik aku naik dari Puduraya.

kos balik kg dari Seremban :
RM4.20 + tambang RM 28.00 = RM32.20
(x trmasuk kos nk angkut aku balik Pontian lg)

kos balik kg dari Puduraya (KL) :
RM4.10 + tambang RM26.00 = RM30.10

lagipun bas dari Pudu terus ke Pontian. walaupun klau kat Pudu tu aku sbnrnye naik ke utara pastu ke selatan balik, tp dari segi kewangan lebih menjimatkan. huhu.. So lepas ni mmg naik Pudu je la unless aku naik motor la pulak..keh3..

Ni time komuter kat seremban..buruknye stesen KTM Seremban..keh3..

Ni keadaan dalam komuter yg sedang bergerak..

Sunday, June 7, 2009

Sindrom kemalasan melanda..

Malas. ..itulah sifat yang perlu dibuang oleh semua manusia. akan tetapi sifat itu jugalah yang biase bersarang dalam diri manusia, termasuk lah aku. dua minggu lagi nak exam, tapi aku tetap macam ni..rilax dan asyik beronline.. 11 hb ni akan keluar keputusan peperiksaan semester 2. aku menjadi sangat takut. aku harap keputusan aku tidak membuatkan aku menangis. Aku sepatutnya mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku pada diriku sebelum ini, tetapi impian kekal angan-angan jika ia tidak disertakan dengan usaha.
Blog Widget by LinkWithin
an empty feelin' © 2008 Template by:
SkinCorner