Dalam bulan ini, dua sahabatku, iaitu Iffa dan Norine telah mengalami dugaan yang hebat dalam hidup mereka..iaitu kehilangan orang yang disayangi. Iffa telah kehilangan nendanya tersayang dan Norine kehilangan ayahnya yang tercinta.
Sungguh aku tidak dapat membayangkan kesedihan yang mereka hadapi. Aku memang pernah mengalami kesedihan sebelum ini semasa kehilangan nendaku yang ku sayang. Tetapi mungkin bagi mereka lebih terkesan kerana ianya berlaku di saat mereka di ambang peperiksaan.
Aku juga perlu mengambil iktibar iaitu aku mesti sentiasa bersedia kerana kematian itu datang pada bila2 masa dan juga aku mesti bersyukur kerana masih mempunyai emak dan abah di dunia ini yang masih sihat. semoga dipanjangkan umur..amin..
Wahai sahabatku..bersabarlah di atas segala dugaan ini. Pasti ada hikmah di sebalik takdir ini. Yang penting kita yang masih bernafas di dunia ini teruskan perjuangan demi mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat serta mendapat keredhaan Allah. Sentiasa lah berdoa untuk insan yang telah pergi meninggalkan kita. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang soleh... Al-Fatihah....
0 Komentar:
Post a Comment