Thursday, July 30, 2009

Layakkah aku digelar SAHABAT?

p/s : tangan aku xde kat situ

Sahabat...
Apakah makhluk yang dimaksudkan dengan sahabat? Ape yang kita sume tau, sahabat ialah kawan baik..kawan lepak..member kamceng.. tp hakikatnya sahabat lebih daripada itu.

Sahabat merupakan insan yang rapat dengan seseorang, sanggup berkorban dan sanggup berkongsi segala suka dan duka. (tengok kamus dewan kalau nak tau lebih) akan tetapi..layakkah aku digelar sahabat? aku akui, aku bukan lah sempurna..memang tiada yang sempurna melainkan Allah.

Akan tetapi..kadang-kadang..aku terasa bahawa aku tak layak digelar sahabat. Aku masih kurang sumbangan terhadap kawan..dan lebih teruk lagi, tidak pandai menjaga hati kawan. Sebenarnya aku seorang yang pendiam..sebab aku x pandai nak cakap sangat. Tapi dlm hati aku tetap ada keinginan untuk berkata-kata dengan petahnya dengan kawan2 aku..sehinggakan kadangkala aku tidak sedar bahawa kata-kata ku ini ada yang menyebabkan orang-orang tertentu terasa.. Aku akui, memang aku silap. tapi percayalah, ia bukan disengajakan. aku xde niat nak sakitkan hati kawan2 aku. ye..aku masih kurang kemahiran bercakap. pelik kan..tapi itu lah hakikatnya..

Kepada semua kawanku yang mengenali diri ini, aku di sini ingin memohon ampun dan maaf sekiranya aku ada membuat anda semua terasa, sedih, marah dan sebagainya. percayalah, aku tidak berniat jahat terhadap korang, tapi itu sebenarnya datang dari kelemahan diri aku. Aku masih dalam proses belajar, jadi tolonglah terima aku seadanya dan bantulah aku menjadi seorang insan yang baik. Silalah tegur aku sekiranya korang sedar akan kekhilafan aku. Aku sedar..sebagai manusia biasa, aku sememangnya banyak sangat kelemahan. Oleh itu, aku amat hargai segala teguran yang membina.

Akhir kata... semoga Ukhuwah antara kita dapat dieratkan dan dikekalkan sampai bila-bila...
........salam......

Tuesday, July 28, 2009

Mikaeel Jackson Conspiracy


Konspirasi Pembunuhan Mikaeel..baca lah...

Michael Jackson (MJ) was known as the most loving person in the world. He gave up most of his assets for charity and all his life, he fought for equality of the African Americans, AIDS victims, Against Drug Abuse, Against Abortion, Against Child Labor and secretly channelled his properties for the hungry children of the world. However, he wasn't peace at heart. He always think of himself as a child trapped inside a man's body. Being Peter Pan is all his dream, never to grow up, forever a child. That inspires him to build Neverland - a heaven for children. Children of all ages and races are welcomed to Neverland. MJ had so much love to give.

However, he made a mistake which he didn't know of the consequences. He saw the peaceful life his brother, Jermaine (Muhammad Abdul Aziz) had as a Muslim - true, Jermaine faced so much pressure that he moved to Bahrain.

In 1989, MJ made a press conference which shocked the world, "I have seen the Islam in the life of my brother, I have read the books about Islam. And I'd love to someday feel the calmness and peace of Islam...." Since that, MJ's life was never the same again.
He was accused of so many accusations against child molestation. MJ was not someone who can deal with much pressure as he is a 'delicate child'. All the extortion and black mail followed after that. Everything he did was being seen as wrong in the eyes of the media. All these are to influence his fans to hate MJ. If he is hated, then he would not be influencial anymore.

For several years, he stayed in England. Getting motivation from a long time friend, Cat Stevens, who had converted into Islam - named Yusuf Islam. From him, MJ learnt how Yusuf had survived being Muslim. He made friends with a song writer, Zain Bhikha too, who wrote a song titled, "GIVE THANKS TO ALLAH", which he wanted MJ to sing whenever he is ready.

Following his trial, MJ withdrew to Bahrain, where he was the special guest of sheik Abdullah bin Hamad Al Khalifa, the son of Bahrain’s king. It was then that Michael began to give conversion more “serious thought.”
MJ stayed in Bahrain for approximately 3 years. He studied Islam, the prayers and learn to read the Koran (Al-Quran).

Finally, he came back to Los Angeles and in November 2008 MJ had formally converted to Islam in a ceremony at a close friend’s house in Los Angeles.
He perform Haj with the king of Bahrain and son on December 2008.

He had a hidden agenda when he wanted to make a final comeback. He annouced in a press conference on March 2009, "This will be my final concert. I'll see you all in July...." He planned that during his concert, he would announce that this is the FINAL concert as he wouldn't be performing anymore. He will declare that he is a Muslim and will only sing with Yusuf Islam and Friends.
At the end of the concert, he will be singing the song, "GIVE THANKS TO ALLAH" with Yusuf Islam. That is the reason why he chose London as his final concert venue instead of the USA. It was because he thought he could escape the USA's extortion, and that he could perform with Yusuf Islam who is in England.

At 12.30am, 5th June 2009, he hugged his production manager and said, "After reherasing for 2 months, I am finally ready for the concert..."
Before leaving to sleep, he waved his dancers, "It was a good night everyone. I'll see you all tomorrow..." The next thing... He was pronouced dead at 2.26am....

When 911 was called, there are so much questions asked. It is as if they didn't know who MJ is and where he lived. The questions asked are more towards to delay time. The hospital said the autopsy result can only be obtained after 2 months - very illogical as even the worst African technology could obtain the result in less than 2 weeks.

MJ's family members opt for second private autopsy as they started to feel something fishy is going on. The result came out in about 4 days - MJ was drugged with high dosage of anaesthetic - drug that brings about a reversible loss of consciousness, if used to much could stop the heart from beating.

Another result which was not aired in the media was, MJ's stomach is empty of this drug, but his blood were filled with it - same case as the death of Marilyn Monroe.
The private doctors also found many needle marks, afraid to be forced injections given to MJ on his bed.

In CNN Live after a week, Barack Obama was interviewed. And he said, "I love MJ, I grew up listening to his songs. It is a great loss, but rest assured that there is no conspiracy in his death..."
Now, why must a President made such statement before the official autopsy result came out? How would he know that there is no conspiracy without the post-mortem result? Seems like someone is afraid of his shadows.

MJ was known to the world as a person who is against drug abuse. Why must he be addicted to drug, then? If he wanted to commit =suicide, why rehearse for his concert? And why will he want to see his dancers the next day?

Enough about his death. I am sure people around the world is not stupid anymore. These supreme power can fool us during the Marilyn Monroe conspiracy, Martin Luther King and Princess Diana. But in this MJ's case, they left too many loopholes for those who think...!!
MJ left us with this unfinished studio-recorded song, GIVE THANKS TO ALLAH. You can download this song here: http://www.filefactory.com /file/ahb80ff/n/Micheal_Jackson_-_Give_Thanks_To_Allah_mp3

MJ's family was about to give him a Muslim burial with the help of The brotherhood of Islam. But, the CIA showed up at Neverland's door - blackmailed them that if they do so publicly, Katherine (MJ's mother) would be pull off from MJ's children's custody as well as MJ's estates. Instead, they'll hire Debbie Rowe for the purpose, and the court will be in their favour. So much for democracy and fairness...

Finally, they agreed to let MJ have a Muslim burial in Neverland. But in condition, must show to the public a Christian Memorial Service, as to prove to the world that MJ was never a Muslim.
So, Staples Centre was just a normal show. That's why the coffin was closed and sealed.

MJ was buried days earlier. The Gold Coffin was empty. they were about to bury the Coffin according to Christianity ways in Hollywood - as in their deal with the USA Government.

These happened, because the USA is afraid of the rising numbers of Muslims in the world.

source : www.syok.org

Monday, July 27, 2009

Speechless

Aku nga malas ni.. nak update blog pun malas.. tolong...

Thursday, July 23, 2009

Thanks to all my friends!!

Inilah kek besday 2 dalam 1

Upacara mencucuk lilin..

Pada 22 hb Julai yg lepas, aku telah diraikan oleh sahabat-sahabatku sempena dengan hari jadiku yg ke 21 (dh tua rupenye..) yang jatuh pada 1 Julai lepas. First of all, aku nak ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua sahabatku yang terlibat, termasuklah Wawa, Miza, Iffa, Wahida, Kak Biha, Wan, Shamsul, Rahmat Geni (susunan nama tidak menggambarkan ranking kawan aku, semua aku anggap sama rata ye..)dan juga kawan2 yg x dapat datang malam tu.

Sebenarnye, besday tu untuk aku dan juga Asmah yang juga besdaynye jatuh pada bulan Julai juga. Tapi die x dapat datang kerana ada urusan lain. Happy besday to you to, Asmah..Anyway, diorang sebenarnye buat suprise kat aku. Dan sebenarnye...aku amat2 terharu kerana sejak bumi ni wujud, inilah kali pertama besday aku diraikan dan !st time jugak aku potong kek hari jadi aku. Mereka juga ada yang bagi kad ucapan dan juga hadiah. Thanks again, my friends..

So pada malam tu, happening la sesangat. Bergambar tu x payah cakap la..memang masing2 jadi model sambilan sukarela. macam2 aksi boleh dilihat. tengoklah sendiri gmbr kt atas tue.. huhu...

Aku harap tradisi ini berkekalan dan hubungan persaudaraan antara kita
akan menjadi semakin erat dan berkekalan... Amin...

Lepas geram dengan anak ayam..(CUTE!!)


NUSAJAYA - Sewaktu kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor datang ke pejabat semalam, mereka tidak menyangka akan mendapat 'hadiah' anak-anak ayam.

Namun itulah yang berlaku apabila sekumpulan penternak melepaskan 4,000 ekor anak ayam di hadapan pejabat itu pagi semalam gara-gara menuntut insentif ternakan ayam daripada pihak berkuasa.

Ia menimbulkan suasana kelam-kabut seketika apabila kakitangan jabatan berkenaan bertungkus-lumus menangkap anak-anak ayam yang baru berusia sehari dan kemudian membawanya pulang.

Menurut wakil penternak, Gan Heng Kok, 49, tindakan protes itu dibuat kerana mereka tidak diberi insentif khususnya kepada penternak yang mempunyai ternakan melebihi 20,000 ekor ayam."Setakat ini hanya penternak yang mempunyai tidak lebih 20,000 ekor anak ayam layak mendapat insentif," katanya ketika ditemui di sini.

Wednesday, July 22, 2009

Di manakah kau wahai semangatku


Semangat.. di manakah semangat ku.. Aku kehilangan semangat..tolong!!
Kenapa dgn diri aku nih..

Aku seorang mahasiswa sepatutnya ada semangat yang berkobar2 utk study.
Tapi ni tidak, aku asyik nak enjoy je.

Huhu...latihan tu..(gambar) malasnyer nak buat.. ade siape2 boleh tolong buatkan utk aku??

Monday, July 20, 2009

A trip to The Mines


Pada 19hb July '09 haritu, aku bersama dengan sehabatku, Sam, E'one dan RG telah pergi bersantai di The Mines, Seri kembangan..(peh, ayat skema x leh tahan). Kitorang g situ bertujuan untuk membeli barang keperluan dan lain-lain, antaranya Sam telah membeli Handphone baru untuk menggantikan handphone lamanya yang telah terkorban di dalam lubang ja**an. So jgn sedih2 lg ye Sam, kan dah ade HP baru..canggih lagi..hehehe..

Selepas beli HP, kitorang pun g la jalan2 sekitar shopping complex tu. Ade la beli barang2 cket..baju..sluar.. Then lepas g shopping, kitorang pun tengok movie..citer ape? Harry Potter and the Half-Blood Prince. Erm..aku ni bukanlah peminat Harry Potter, tp xtau knp boleh tgk citer ni. Aku follow jer.. Time kt dlm cinema, mule2 excited la. Tp bile dah start citer lame cket, aku dah start boring.. yela..aku bukan peminat citer tu. Lgpun aku tgk citer tu x best la..x byk action..jz ckp ckp dan ckp.. huhu.. aku ckpla kt Sam..bile la citer ni nk abis..dah la x tahan nk piss..sejuk sgt dlm tu. sabar jela. Akhirnya keluar jgk pkul 8 malam lbih. kitorang pun cepat2 solat Maghrib..huhu..

Lepas solat jer, kitorang terus g makan..kt KFC je la. dah lapar gler ni. kitorang order la Snack Plate utk sume. Ape lg..melantak la.. dah kenyang, balik la terus. Aku mase tu tgh pening2 lalat, sejak kuar dari cinema tu..Aduh..

On the way balik kolej, aku senyap je.. dah x larat dah. Akhirnya smpai la ke destinasi iaitu kolej kitorang dalam jam 9 malam lebih. Alhamdulillah. Then aku terus g solat, tido terus. memang dah x leh tahan dah penat dan peningnye ni..

As a conclusion..(ceh)..kitorang enjoy la jgk. dapat mengeratkan silaturahim. dan juga dapat menggunakan wang kami yang berlebihan ni..(alamak!!) itu saje post utk hari ni saje je nk kongsi kt korang sume. semoga berjumpa lagi... salam..

Sunday, July 19, 2009

Cantik bukan terus untuk dicintai..

Jika seseorang lelaki mengatakan dia mencintai anda kerana SEMATA-MATA KERANA KECANTIKAN ANDA, awas, anda mungkin akan ditinggalkan apabila sudah tidak cantik lagi. Jika seorang lelaki mengatakan dia sanggup berkorban apa sahaja demi cintanya kepada anda dan apabila anda bertanya kenapa, dia memberitahu karana, "AKU TERPESONA DENGAN WAJAHMU" awas anda akan ditinggalkan apabila wajah anda tidak lagi mempersona.

Lelaki yang terlalu memuji anda sebagai "bidadari" bukan calon terbaik untuk dijadikan suami. Kalau dia terpukau dengan kecantikan anda, tentu ramai lagi yang lebih menarik dan cantik daripada anda diluar sana. Kalau hari ini dia boleh terpukau hanya kerana kecantikan anda, tidak mustahil dia akan terpukau dengan kecantikan yang mengatasi anda suatu masa kelak.

Jatuh cinta disebabkan cantik itu penting, tapi jika terlalu dipentingkan, anda bakal menjalani kehidupan yang tidak menentu pada usia-usia mendatang.

Lelaki yang hanya mementingkan kecantikan sebenarnya "buaya" yang tidak mahu menilai keseluruhan anda. Dia hanya menyempitkan penilaiaannya hanya pada muka dan apabila muka itu sudah tidak menepati cita rasanya, perasaannya turut berubah. Cinta yang dibibitkan oleh kecantikan dan ketampanan semata-mata biasanya tidak kekal hingga ke hujung (Buktinya artis atau model).

Jika anda memiliki wajah yang cantik, usah terlalu gembira kerana mungkin anda akan bertemu dengan lelaki yang salah; jika anda hodoh jangan pula bersusah hati sebab lelaki sejati adalah yang menilai wanita secara tersendiri.

Bagaimana cantik pun akan pudar, bagaimana tampan pun akan hilang. Wajah yang indah dipandang akan menjadi cuka yang memasamkan kehidupan jika yang lainnya tidak cantik. Kopi itu pahit jika berdiri sendiri., tapi kopi akan menjadi enak kalau digandingkan dengan gula dan susu.

Lawak..Lawak... (bace ni!)

> Murid : Selamat pagi, cikgu.
> Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
> Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
> Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
> Murid : Selamat sejahtera cikgu!
> Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
> Murid : Faham, cikgu!
> Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
> Murid : (senyap)
> Cikgu : Pandai!
> Murid : Bodoh!
> Cikgu : Tinggi!
> Murid : Rendah!
> Cikgu : Jauh!
> Murid : Dekat!
> Cikgu : Keadilan!
> Murid : UMNO!
> Cikgu : Salah!
> Murid : Betul!
> Cikgu : Bodoh!
> Murid : Pandai!
> Cikgu : Bukan!
> Murid : Ya!
> Cikgu : Oh Tuhan!
> Murid : Oh Hamba!
> Cikgu : Dengar ini!
> Murid : Dengar itu!
> Cikgu : Diam!
> Murid : Bising!
> Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
> Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
> Cikgu : Mati aku!
> Murid : Hidup kami!
> Cikgu : Rotan baru tau!
> Murid : Akar lama tak tau!
> Cikgu : Malas aku ajar kamu!
> Murid : Rajin kami belajar cikgu!
> Cikgu : Kamu gila!
> Murid : Kami siuman!
> Cikgu : Cukup! Cukup!
> Murid : Kurang! Kurang!
> Cikgu : Sudah! Sudah!
> Murid : Belum! Belum!
> Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
> Murid : Sebab saya seorang pandai!
> Cikgu : Oh! Melawan!
> Murid : Oh! Mengalah!
> Cikgu : Kurang ajar!
> Murid : Cukup ajar!
> Cikgu : Habis aku!
> Murid : Kekal kami!
> Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
> Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
> Cikgu : Sudah, bodoh!
> Murid : Belum, pandai!
> Cikgu : Berdiri!
> Murid : Duduk!
> Cikgu : Saya kata UMNO salah!
> Murid : Kami dengar KeADILan betul!
> Cikgu : Bangang kamu ni!
> Murid : Cerdik kami tu!
> Cikgu : Rosak!
> Murid : Baik!
> Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
> Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
> Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

STRESS... negative or positive?

Apa itu STRES?

Menurut Dr. Hans Selye, pengasas teori stres, stres merupakan satu gejala tindak balas yang tidak spesifik oleh individu terhadap beban yang datang dalam bentuk keresahan yang disebabkan cabaran, ancaman atau perubahan yang memerlukan respon.

Bertentangan dengan persepsi ramai orang, stres boleh dibahagi kepada stres yang baik atau positif yang dikenali sebagai eustress dan yang buruk atau negatif distress.

Pegawai perubatan di sebuah institusi kesihatan di ibu negara, Dr. S. Mogan berkata, stres yang positif boleh membuatkan seseorang lebih berhati-hati, fokus dan kreatif dalam kehidupan harian.

Menurut sejarah, Alexander Graham Bell mencipta telefon, alat yang mencetus revolusi dalam bidang perhubungan, ketika ingin membantu tunang beliau yang telah hilang pendengaran.

Sukar untuk didefinisi

Kata Dr. Mogan, memang sukar untuk memberi definisi mengenai stres kerana ia suatu aspek yang subjektif.

“Kalau anda tanya 10 orang tentang apa yang sebabkan mereka rasa stres, maka anda akan mendapat 10 jawapan yang berlainan.

“Sebabnya tiada definisi tentang stres yang dipersetujui semua, apa yang stres bagi seseorang mungkin perkara yang menyeronokkan atau tiada apa-apa bagi orang lain.

“Contohnya, penunggang motosikal akan berasa gembira bila dapat memecut kenderaan mereka manakala ini perkara yang menakutkan bagi orang lain. Menang dalam perlumbaan mungkin lebih stres daripada kalah tapi ini merupakan stres yang baik”, kata kepada Bernama.

Menurut pendidik Fatimah Mansur, stres melonjakkan produktiviti seperti bila pelajar menghadapi peperiksaan.

“Pelajar berusaha dengan lebih keras bila peperiksaan telah hampir manakala pekerja di pejabat bekerja dengan lebih cepat bila waktu pulang sudah dekat", kata beliau.

Fatimah berkata, orang ramai perlu mendapat stres yang sesuai untuk produktif dalam kehidupan seharian.

“Anda boleh guna dan gembleng stres untuk menjadi lebih produktif,” kata Fatimah lagi.

Risalah Kementerian Kesihatan

Menurut risalah yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, antara punca stres ialah beban kewangan, masalah rumah tangga, menunggu terlalu lama, mangsa buli, beban kerja yang tinggi, suasana persekitaran yang tidak sihat, rasa rendah diri, kesesakan jalan raya, serta tragedi.

Seseorang yang mengalami stres akan menunjukkan kegelisahan, risau keterlaluan dan gangguan emosi, insomnia (tidak dapat tidur), kurang fokus dan tumpuan kerja serta resah dan cepat marah.

Mereka digalakkan mengambil 10 langkah ‘B’ iaitu bertenang, bernafas dengan dalam, berkata ‘relakslah’, beribadat, bercakap dengan seseorang, berurut, berehat dan mendengar muzik, beriadah, bersenam dan berfikiran positif.

Saturday, July 18, 2009

M3P...penat!!







Pada tanggal 18 Julai 2009 berlakulah peristiwa iaitu program Minggu pengenalan Persatuan Pelajar (M3p). AKu hanya lah seorang AJK pelaksana jer.....tp anyway aku rase puas kerana dapat membantu kawan2 ku dlam menjayakan program ini.

Program ini dianjurkan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tahun satu berkenaan dengan pentadbiran Fakulti dan juga beramah mesra dengan Pimpinan PMFEP. Selain itu juga, mereka juga didedahkan dengan aktiviti persatuan dalam fakulti. Pelantikan Kelab pelajar tahun satu juga diadakan.

Aku sedikit sebanyak ade gak la menolong itu ini. walaupun penat, tp puas la. dah la x dpt makan pagi2 tu..huhu tahan lapar jer. tp bile makanan dah smpai, aku balun habis2..

Buat kawan2 ku yang turut serta dalam progrram ini, terima kasih kerana memberi kerjasama yang secukupnya dan juga memberi sokongan dalam menjayakan program ini.. (cheewah, cakap mcm aku ni ketua program pulak).

Ok la, I hope kita dapat berjumpe selalu kat fak. semoga kita bersama-sama mncapai kejayaan..

Friday, July 17, 2009

Update kehidupanku..


hari ini aku ade reheasel untuk program minggu pengenalan persatuan pelajar, (M3P) kat fak. pd petang sebelumnye, aku nk rest cukup2 kat bilik sambil beron9..hehe.. huhu kat mane lagi la nk lepak klau bukan kat bilik sndiri.. selesa dan aman gitu.

Assingment plak aku lum dapat lg. cume untuk subjek MIS, (Management Information System) dah ade la assigment yang kecik2, kami kne buat analysis tntang Youtube dan masa depan movies..Wah, interesting jugak la.

So setakat ni kehidupan ku berjalan dengan lancar tanpa ada apa2 insiden yang tidak diingini. yg kecik2 tu biase la..huhu. aku harap sem ni dapat tumpu untuk study lebih lagi la..untuk maintain pointer aku. Short sem hari tu dpt la 4 .00 flat.Alhamdulillah. naik la cket CGPA aku. aku harap dpt maintain atas 3. Insya Allah..

OK semoga bertemu lagi di post akan datang.. Salam..

Monday, July 13, 2009

Kelas 'IB'

Hari ini aku ke kelas Perniagaan Antarabangsa. Aku dpt tukar ke set 4 drpd set 1. mule2 agak tension kerana kelas ditunda dari pukul 4 ke pukul 5 petang. pulak tu tukar kelas jgk, dari FSSK ke FEP. Huhu..banyaknye jalan. xpela..aku pun dah lame x jalan jauh2 ni.

Bile masuk kelas je (kelas lak kat blik seminar, so sangat sesak) kitorang pun belajar. seronok jugakla dengan lec kami tu. then die bg kuiz, kami jawab la. aku dapat cket je..huhu..sedihnye.. xpela..boleh usaha lagi.

kesimpulannye, aku kne usaha lebih utk dpt lebih pada sem ni. pada semua rakan seperjuangan, teruskan usaha anda. Insya Allah kita berjaya.

Tuesday, July 7, 2009

ke'tension'an semester baru

Semester baru telah pun bermula. aku pun seperti biasa mula mndaftar dan mgugur kursus yang dikehendaki. erm..segalanya berjalan lancar sehinggalah time aku nak tukar set. Bile aku jumpe lec set yg aku nk tukar tu, die kate x boleh dan x terima pndaftaran manual.. Aik!! knp lak. sem lepas2 boleh jer. sehingga ade satu kelas ni, aku nk daftar manual tp lec tu cakap x boleh, dah ramai. sedangkan baru 20 org je kot. pastu die ckp lg, klau x boleh jgk, ambik la sem depan. huhu..senangnye die cakap. Sabar je la Mamil...

Satu lg masalah aku ialah had jumlah unit aku terlalu sedikit, padahal ade kawan aku yg same pointer dgn aku dpt banyak. bile aku tanye kat pejabat dekan, diorang kate mybe ade kesilapan kat sistem komputer dan suruh aku check kat pusat teknologi malumat..hm..x kuase aku nk g sane. then aku cakap la ade kawan aku yg pointer same tp leh dftr 20 unit. pastu org yg kt pejabat dekan tu mcm x prcaye, die suruh aku tunjuk bukti. hish..macam2.. xpela, insya Allah esok settle.

Anyway, aku anggap semua ni hanyalah asam garam hidup di kampus. semua ni mengajar aku erti kesabaran dan lebih mematangkan aku terutama dalam kemahiran aku berunding dgn pihak lain. kepada kawan2 aku, terima kasih kerana memberi sokongan pd aku selama ni. semoga kite semua beroleh kejayaan dunia dan akhirat..Amin...

Monday, July 6, 2009

me...older??



Pada 1 Julai lepas genap la usia aku 21 tahun..huhu.. dah tue rupenye aku ni. nmpak nye aku x leh nk jd budak2 lg..keh3.. anyway thanks kepada kawan2 yang sudi wish kat aku. semoga kite semua pnjg umur dan dimurahkan rezeki.. insya Allah...

Sunday, July 5, 2009

Kembali ke alam kampus

Hari ini aku pulang ke kampusku UKM. perjalanan selama lebih kurang 9 jam pada 8.30 pagi dari Pontian ke Kolej Pendeta Za'ba memang memenatkan. tapi aku bersyukur kerana aku selamat juga sampai ke bilikku. aku dah siap kemas semua barang. aku nak berehat la.
Selamat kembali kawan2..
Blog Widget by LinkWithin
an empty feelin' © 2008 Template by:
SkinCorner