Sahabat...
Apakah makhluk yang dimaksudkan dengan sahabat? Ape yang kita sume tau, sahabat ialah kawan baik..kawan lepak..member kamceng.. tp hakikatnya sahabat lebih daripada itu.
Apakah makhluk yang dimaksudkan dengan sahabat? Ape yang kita sume tau, sahabat ialah kawan baik..kawan lepak..member kamceng.. tp hakikatnya sahabat lebih daripada itu.
Sahabat merupakan insan yang rapat dengan seseorang, sanggup berkorban dan sanggup berkongsi segala suka dan duka. (tengok kamus dewan kalau nak tau lebih) akan tetapi..layakkah aku digelar sahabat? aku akui, aku bukan lah sempurna..memang tiada yang sempurna melainkan Allah.
Akan tetapi..kadang-kadang..aku terasa bahawa aku tak layak digelar sahabat. Aku masih kurang sumbangan terhadap kawan..dan lebih teruk lagi, tidak pandai menjaga hati kawan. Sebenarnya aku seorang yang pendiam..sebab aku x pandai nak cakap sangat. Tapi dlm hati aku tetap ada keinginan untuk berkata-kata dengan petahnya dengan kawan2 aku..sehinggakan kadangkala aku tidak sedar bahawa kata-kata ku ini ada yang menyebabkan orang-orang tertentu terasa.. Aku akui, memang aku silap. tapi percayalah, ia bukan disengajakan. aku xde niat nak sakitkan hati kawan2 aku. ye..aku masih kurang kemahiran bercakap. pelik kan..tapi itu lah hakikatnya..
Kepada semua kawanku yang mengenali diri ini, aku di sini ingin memohon ampun dan maaf sekiranya aku ada membuat anda semua terasa, sedih, marah dan sebagainya. percayalah, aku tidak berniat jahat terhadap korang, tapi itu sebenarnya datang dari kelemahan diri aku. Aku masih dalam proses belajar, jadi tolonglah terima aku seadanya dan bantulah aku menjadi seorang insan yang baik. Silalah tegur aku sekiranya korang sedar akan kekhilafan aku. Aku sedar..sebagai manusia biasa, aku sememangnya banyak sangat kelemahan. Oleh itu, aku amat hargai segala teguran yang membina.
Akhir kata... semoga Ukhuwah antara kita dapat dieratkan dan dikekalkan sampai bila-bila...
........salam......
........salam......
2 Komentar:
tgn sape paling panjang
uish... tgn sape la tu.. panjang nye.. menakutkan.. tgn budak bulat kot..hehehe..
Post a Comment