Thursday, July 23, 2009

Lepas geram dengan anak ayam..(CUTE!!)


NUSAJAYA - Sewaktu kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor datang ke pejabat semalam, mereka tidak menyangka akan mendapat 'hadiah' anak-anak ayam.

Namun itulah yang berlaku apabila sekumpulan penternak melepaskan 4,000 ekor anak ayam di hadapan pejabat itu pagi semalam gara-gara menuntut insentif ternakan ayam daripada pihak berkuasa.

Ia menimbulkan suasana kelam-kabut seketika apabila kakitangan jabatan berkenaan bertungkus-lumus menangkap anak-anak ayam yang baru berusia sehari dan kemudian membawanya pulang.

Menurut wakil penternak, Gan Heng Kok, 49, tindakan protes itu dibuat kerana mereka tidak diberi insentif khususnya kepada penternak yang mempunyai ternakan melebihi 20,000 ekor ayam."Setakat ini hanya penternak yang mempunyai tidak lebih 20,000 ekor anak ayam layak mendapat insentif," katanya ketika ditemui di sini.

0 Komentar:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
an empty feelin' © 2008 Template by:
SkinCorner